Friday 9 May 2014

selfish?????


dont be selfish. 

kenapa la ramai sgt org kat dunia ni yg pentingkan diri sendiri jeee dan tak fikirkan pasal org lain. please la kite ni hidup kat muka bumi ni beramai ramai. bukan nyer sorg2. sooo, tolong la k fikirkan pasal org lain jugak. 

mmg la kadang2 tu ade bnde that we should be selfish but jgn la over sgt selfish tu yeeee wahai kawan2. Allah kurniakan kite ni akal untuk berfikir. sooo, why we dont use it. hahaha. kadang2 hanye mampu tergelak je bile berhadapan dgn org2 yg macam ni. tak paham kenape dieorg boleh jadi macam tuuu. best sgt ke ea bile jd selfish ni?????? 

okkkk. ni nak kongsi sikit pasal hadith yg mengatakan pasal pentingkan diri sendiri. moga2 lepas ni perasaan selfish tuuu akan berkurang laaa yeeee.


Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).
Huraian Hadith: 
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

okkkk. ingat yeeeeee. jgn ade perasaan macam ni dalam diri kite tauuu . kalau boleh elakkan ye.

RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL !

No comments:

Post a Comment